Malam Pra Graduan 2008
Unit Perhubungan Alumni, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Pelajar, UTM City Campus akan mengadakan Malam Pra Graduan 2008 bagi meraikan pelajar-pelajar Kolej Sains dan Teknologi yang akan menamatkan pengajian mereka tahun ini.
Maklumat Program
Tarikh: 23 Februari 2008
Tempat: Hotel Crown Princess, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur
Masa: 8.30 malam
Naib Canselor UTM, Y. Bhg. Tan Sri Prof. Dr. Mohd. Zulkifli bin Tan Sri Mohd. Ghazali dan Puan Sri dijangkakan akan bersama-sama meraikan para pelajar di Majlis tersebut.
Seramai 10 orang pelajar akan menerima Anugerah Mahasiswa Berpotensi. Malam yang bertemakan Night To Cherish ini menjanjikan sesuatu yang menarik untuk dikongsi.
Pelajar yang telah mendaftar untuk hadir, sila pastikan anda mengenakan pakaian yang sesuai (Your Best Look) untuk merebut peluang dinobatkan sebagai King and Queen of the Night. Berpakaian Kebangsaan adalah amat digalakkan.

Tulis Maklumbalas