Panduan Dan Peraturan Kelab

PERPANDUAN DAN PERATURAN KEAHLIAN KELAB FOTOGRAFI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA City Campus KUALA LUMPUR

NAMA KELAB

Kelab ini dikenali dengan nama Kelab Fotografi UTM City Campus Kuala Lumpur. Selepas ini di sebut “KFUTM”.

[ Keatas ]

TEMPAT URUSAN

Alamat surat menyurat dan tempat urusan KFUTM ini ialah Kelab Fotografi, Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Semarak, 54100 Kuala Lumpur atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Majlis Tertinggi KFUTM.

[ Keatas ]

LOGO

TAFSIRAN

1. Bentuk bulat dan garisan di atasnya yang berada ditengah mewakili tanda yang terdapat dalam lensa kamera yang melambangkan fokus seiring dengan moto KFUTM “FOKUS DENGAN TEPAT”

2. Dua rekabentuk yang berada di bahagian atas dan bawah mewakili kesinambungan dan keseimbangan antara cara bagaimana untuk mencapai fokus (matlamat) utama yang berada ditengah-tengah.

3. Warna merah pada kebanyakan struktur logo mewakili semangat BERANI ahli-ahli dalam menempuh cabaran dalam dunia fotografi.

[ Keatas ]

MOTO

FOKUS DENGAN TEPAT

“Bertanggungjwab terhadap aktiviti ahli di dalam bidang fotografi dan mengutamakan kebajikan ahli”

Penyataan misi di atas adalah penyataan KFUTM di mana “FOKUS” adalah satu perbendaharaan kata yang lazim digunakan dalam bidang fotografi. Maksud “FOKUS” secara umum adalah satu proses mendapatkan hasil yang terbaik dan dalam konteks ini matlamat KFUTM itu sendiri bagi melahirkan ahli fotografi yang cekap, mahir dan kreatif serta boleh menggunakan ilmu untuk kemajuan diri dan masyarakat. “Tepat” membawa maksud tidak lari dari sasaran dan juga apa yang dirancangkan. Dengan kata lain, KFUTM tidak mahu fungsinya lari dari matlamat asal penubuhannya.

[ Keatas ]

TUJUAN/MATLAMAT

1. Memberi laluan kepada mahasiswa yang berminat dalam dunia fotografi untuk menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman asas tentang fotografi.

2. Menghimpunkan semua mahasiswa yang mempunyai minat dan hobi dalam fotografi.

3. Mendedahkan kepada ahli-ahli dengan peralatan fotografi yang terkini mahupun yang sebelumnya.

4. Mewujudkan kerjasama dan persefahaman di kalangan ahli melalui aktiviti-aktiviti KFUTM.

5. Membentuk mahasiswa yang mempunyai keyakinan dan semangat yang tinggi serta bertanggungjawab selaras dengan kehendak universiti melalui program yang diadakan.

[ Keatas ]

KEAHLIAN

1. Ahli-ahli mestilah warganegara Malaysia yang mengikuti kursus ijazah atau diploma sama ada sepenuh masa ataupun separuh masa di UTM City Campus Kuala Lumpur.

2. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah terlebih dahulu mengisi borang permohonan (Borang A – Keahlian Baru) dan hendaklah diterima dan disahkan oleh Majlis Tertinggi dan Exco KFUTM atau pun Urusetia/Jawatankuasa yang dilantik secepat mungkin untuk tujuan kelulusan.

3. Tiap-tiap permohonan yang permohonannya telah diluluskan seperti tersebut di atas, dan setelah membuat bayaran pendaftaran masuk seperti yang ditetapkan diterima menjadi AHLI KFUTM sehingga terhenti mengikuti kursus ijazah atau diploma sama ada sepenuh masa ataupun separuh masa yang mana lulus peperiksaan akhir atau gagal dalam peperiksaan ataupun diberhentikan oleh Majlis Tertinggi KFUTM atas sebab-sebab tertentu ataupun dengan sendirinya menarik diri.

4. Ahli KFUTM hendaklah mengisi borang kemaskini (Borang B – Kemaskini) apabila diminta berbuat demikian yang akan diberitahu dari semasa ke semasa kepada ahli.
Pemohon yang tidak mengikuti kursus ijazah atau diploma sama ada sepenuh masa ataupun separuh masa tidak boleh diterima menjadi ahli KFUTM ini.

[ Keatas ]

BAYARAN MASUK , YURAN DAN LAIN-LAIN BAYARAN

1. Yuran pendaftaran bagi ahli ialah sebanyak RM 5.00 sahaja.

2. Majlis Tertinggi KFUTM mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang membiarkan keahliannya terlucut disebabkan perkara-perkara yang telah ditetapkan.

3. Yuran-yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara tertentu boleh dipungut dengan persetujuan Mesyuarat Agung Ahli-ahli.
Semua pembayaran yang telah dibayar oleh ahli kepada KFUTM tidak boleh dituntut dengan apa cara sekalipun sekirannya berhenti atau dipecat, kerana ianya dianggap menjadi harta mutlak KFUTM.

[ Keatas ]

PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi Ahli KFUTM hendaklah memberi kenyataan yang bertulis dua (2) minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha KFUTM.

Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang KFUTM atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik KFUTM boleh dipecat atau digantung keahlian bagi suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Majlis Tertinggi KFUTM. Sebelum Majlis Tertinggi KFUTM memecat atau mengantung ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan Mesyuarat Agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.

[ Keatas ]

JAWATANKUASA

Berikut adalah nama-nama Majlis Tertinggi dan Exco KFUTM yang telah dilantik bagi sesi 2008.

PRESIDEN

Muhammad Faisal Bin Muhammad Yusoff

Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik) DDE

TIMBALAN PRESIDEN

Norfahmi Bin Mokhtar

Diploma Kejuruteraan Elektrik (Mekatronik) DDB

SETIAUSAHA

Mohamad Nabil Fikri Bin Basir

Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik) DDE

TIMBALAN SETIAUSAHA

Goo Sue Zhen

Diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan) DDW

BENDAHARI

Fauziah Binti Mohd Basri

Diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan) DDW

EXCO MEDIA & ICT

Mohamad Rasyidi Bin Ab Rahim

Diploma Sains Komputer (Teknologi Maklumat) DDC

EXCO PUBLISITI

Amir Feisal Bin Md Ali

Diploma Sains Komputer (Multimedia) DDZ

EXCO PENTADBIRAN

Saifullah Bin Saleh

Diploma Kejuruteraan Elektrik (Perhubungan) DDP

EXCO PERALATAN

Dzahir Dzaidanee Bin Nasaruddin

Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik) DDE

[ Keatas ]

LARANGAN

1. Ahli-ahli KFUTM ini dilarang melakukan sebarang perkara yang menyalahi undang-undang di dalam Bilik KFUTM.

2. Ahli-ahli juga tidak dibenarkan membawa keluar atau menyewa alatan fotografi sama ada yang dimiliki oleh KFUTM, Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Program Pengajian Diploma, Pejabat Harta Bina, Canselori dan Jabatan-jabatan di universiti tanpa mendapat persetujuan dan kelulusan daripada badan-badan yang dinyatakan di atas.

3. Ahli-ahli tidak dibenarkan sama sekali menjalankan aktiviti fotografi di dalam atau di luar kampus dengan menggunakan nama KFUTM tanpa pemberitahun awal secara bertulis kepada Majlis Tertinggi KFUTM.

4. Ahli-ahli juga dilarang menggangu perjalanan Mesyuarat KFUTM dengan apa cara sekalipun. Jika ini berlaku Pengerusi diberi kuasa mengusir mereka daripada menghadiri menyuarat tersebut.

[ Keatas ]

PERINGATAN

Peraturan di atas merupakan Peraturan Tetap (Standing Orders) yang diselaraskan oleh KFUTM di mana telah mendapat kelulusan daripada Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP).

Walau bagaimanapun, Ahli-ahli juga tertakluk dibawah Perlembagaan Universiti seperti yang ditetapkan dalam Seksyen 52 Perlembagaan Universiti.

[ Keatas ]

Komen Ditutup.