Group Photo
Perkhidmatan ini dijalankan sepanjang tahun pengajian. Tujuan perkhidmatan ini disediakan adalah untuk memberi peluang kepada seluruh warga kampus yang ingin mengambil gambar secara berkumpulan samaada dari fakulti, seksyen, persatuan/kelab dan sebagainya.
Syarat-syarat
- Permohonan hendaklah dibuat oleh pemohon 1 minggu lebih awal daripada tarikh pengambilan gambar dijalankan.
- Permohonan hendaklah menggunakan borang yang disediakan yang boleh di dapati di Kelab Fotografi.
- Setiap permohonan boleh mengambil contoh gambar yang telah siap selewat-lewatnya 1 minggu dari tarikh pengambilan gambar dijalankan yang bersaiz 8R beserta dengan borang tempahan di Kelab Fotografi. (gambar yang dibekalkan adalah untuk tujuan rujukan pembeli sahaja)
- Pemohon juga hendaklah memulangkan borang tempahan selewat-lewatnya 1 minggu berserta dengan bayaran penuh kepada URUSETIA atau Pihak Pentadbiran Kelab Fotografi di Kelab Fotografi.
- Setiap tempahan boleh dituntut di Kelab Fotografi oleh wakil selewat-lewatnya 1 minggu selepas daripada tarikh penyerahan borang tempahan dilakukan.
Harga
Sila hubungi Presiden Kelab Fotografi di talian 012 2928 906 untuk keterangan harga lebih lanjut.
Notis Tambahan
Pihak pemohon (fakulti, seksyen, persatuan/kelab atau jabatan) akan menetapkan sendiri tarikh dan masa serta tempat untuk sesi pengambaran. Walau bagaimanapun pihak Kelab Fotografi berhak untuk mencadangkan dan memberi pandangan tarikh, masa dan tempat yang sesuai tanpa menimbulkan sebarang masalah kepada pihak Kelab Fotografi dan juga bagi pihak pemohon.
Contoh Gambar:
1) Dengan nama:

2) Tanpa nama:

Tulis Maklumbalas