PHOTOKIOSK
Setelah hampir 26 tahun penubuhannya dan dengan kelulusan yang diberikan oleh Pentadbiran Hal Ehwal Pelajar (HEP) pada tahun 2003 Kelab Fotografi telah mendapat sebuah kedai (kiosk) yang terletak berhampiran DK3 untuk tujuan perniagaan.
Nama PHOTOKIOSK telah diberikan atas perniagaan yang memberikan perkhidmatan kepada warga kampus seperti cenderahati universiti, cucian gambar dan pelbagai lagi.
Tanggal 1hb April 2005, dengan langkah bijak, Kelab Fotografi telah mendaftarkan Photokiosk melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia dengan nama perniagaan PHOTOKIOSK ENTERPRISE (Co. No. 001543170-M).