SQUADPHOTO

Pengenalan

SQUADPHOTO adalah suatu sub-unit dalam Kelab Fotografi UTM City Campus Kuala Lumpur yang dipilih sendiri oleh Pejabat Hal Ehwal Pelajar & Majlis Tertinggi KFUTMKL untuk membantu mereka dan pihak Universiti membuat dokumentasi foto dan/atau video bagi sebarang program rasmi KFUTMKL atau program rasmi Universiti.

SQUADPHOTO juga terlibat dengan dokumentasi program Minggu Haluan Siswa, iaitu minggu orientasi untuk pelajar-pelajar baru UTM City Campus Kuala Lumpur.

Selain dari bidang fotografi dan videografi, SQUADPHOTO juga berkebolehan dalam bidang kepimpinan, ICT, keusahawanan, dan lain-lain lagi yang berkaitan.

Syarat-syarat menjadi SQUADPHOTO:

  1. Warga UTM (sepenuh masa atau separuh masa, pelajar atau staf, KL atau Skudai)
  2. Berpengalaman dalam fotografi dan videografi.
  3. Cergas dan berstamina tinggi.
  4. Fleksibel; boleh bekerja dengan cekap samada secara individu atau berkumpulan.
  5. Boleh menerima arahan dan juga memberi arahan dengan jelas.
  6. Untuk pelajar, PNGK adalah 2.5 ke atas.
  7. Untuk staf, tidak melebihi 30 tahun.

Untuk maklumat lanjut berkenaan SQUADPHOTO, sila hubungi Presiden KFUTMKL di talian 012 2928 906.

Komen Ditutup.