Tempahan Gambar Malam Pra Graduan 2008
Tempahan gambar untuk majlis Malam Pra Graduan yang diadakan pada 23 Februari 2008 yang lalu kini dibuka. Berikut adalah cara-cara untuk menempah gambar:
Tempahan secara manual - (Akan dimaklumkan tarikh dan tempat)
Tempahan secara online - Tempahan secara online dibuka bermula Isnin 7 April 2008 jam 12.00 tengahari. Sila baca arahan tempahan gambar berikut dengan teliti sebelum menempah gambar.
Arahan Tempahan Gambar
- Isikan bahagian Butiran Peribadi. Ini adalah penting untuk pengenalpastian dan pemberitahuan kepada anda tentang maklumat terkini berkaitan tempahan gambar anda.
- Pada bahagian Maklumat Tempahan, isikan nombor gambar yang anda ingin tempah, beserta dengan saiznya. Jika anda ingin menempah lebih dari satu keping gambar, cuma tambah nombor gambar yang anda inginkan, diasingkan dengan tanda “koma” (sila lihat contoh di borang).
- **Penting** Jika anda ingin menempah lebih dari sekeping untuk gambar yang sama, cuma tambah jumlah kepingan gambar didalam kurungan selepas nombor siri gambar.
- **Penting** Selepas mengisi bahagian Maklumat Tempahan, PASTIKAN anda menanda kotak Hantar Salinan Borang pada bahagian paling bawah selepas kotak Terma & Syarat, cetak salinan borang yang dihantar ke email anda, dan hantar borang beserta jumlah bayaran kepada salah seorang wakil KFUTMKL. Kegagalan anda berbuat demikian akan mengakibatkan tempahan anda TIDAK akan diproses.
- Gambar yang tidak dituntut selepas 3 minggu tarikh gambar siap akan dilupuskan, dan pihak KFUTMKL TIDAK terikat untuk mengembalikan jumlah bayaran yang telah dibuat.
Harga Gambar
- 4R (4 x 6 inci) = RM 1.50 sekeping
- 5R (5 x 7 inci) = RM 5.00 sekeping
- 8R (8 x 10 inci) = RM 8.00 sekeping
- 8RA4 (8 x 12 inci) = RM 8.00 sekeping
Wakil KFUTMKL
- Muhammad Faisal Bin Muhammad Yusof - 012 2928 906
- Fauziah Binti Mohd Basri - 016 8239 006
Sila gunakan borang di bawah untuk menempah gambar. Terima kasih!

Tulis Maklumbalas